Tuesday 15 March 2011

Tunggu Hati Terbuka

:Salam:

Tukang Kayu kadang-kadang hairan bila kita seru supaya orang patuh kepada perintah Tuhan, dia berkata:

"Hati kena ikhlas"
"Kalau berubah, tapi hati tidak ikhlas tak ada makna"
"InsyaAllah, bila saya bersedia"

Tambahan pula, seruan itu bukan arahan sunat, tapi arahan wajib seperti perintah menutup aurat, solat 5 waktu dan suruhan-suruhan lain yang wajib ke atas orang Islam tanpa syarat.

Tukang Kayu berpendapat, apabila datang bab-bab wajib kena ikut ini, sudah tiada alasan relevan untuk menolak. Terutama isu pemakaian tudung (contoh utama, kerana banyak sekali orang-orang menafikan pemakaian tudung).

Ada yang berkata "tudung itu wajib, tapi saya tidak bersedia. Hati kena ikhlas". Ini satu alasan dangkal bagi seorang yang digelar hamba Tuhan. Yang menyuruh bertudung bukan ustaz-ustazah, tapi Tuhan yakni Allah beb.

Apabila alasan ini menjadi perkara biasa, maka ia sudah menjadi satu alasan yang tidak sangat impak dosanya. Senang cerita saya bagi situasi. Orang suruh kita solat, tapi kita katakan "solat itu memang wajib, tapi saya tidak bersedia. Hati tak ikhlas lagi. Kalau solat, hati tak ikhlas takda makna". Rasa besar tak dosa bila kata begitu? Memperolok-olok hukum Tuhan. Kita sedang deal dengan hukum Tuhan beb, bukan hukum undang-undang jalan raya.

Lu nak lawan Tuhan?

2 comments:

sha said...

salam
sy sokong sgt2 sgl kenyataan di atas
alasan tak bersedia la, hati kna ikhlas la, suma nya hnyalah alasan
yg peliknya ibadah pd Allah pun ramai yg berkira nk buat
sedangkan Allah tak pernah kedekut nak beri rezeki pada hamba2-Nya..

smg yg beralasan spt ni dpt berubah..

Tukang Kayu said...

Waalaikumsalam.

Benar sekali. Yang ada hanyalah alasan untuk menidakkan arahan Tuhan. Sesetengah orang, apabila terkena apa yang dikatakan kifarah, baharulah mula menunjukkan perubahan. Namun hanya Dia lah pembuka hati hambaNya. Semoga mereka diberi hidayah dan petunjuk.

Post a Comment