Thursday 24 March 2011

Bagaimana Untuk Bersatu?

:Salam:

Adakah mustahil Sunni dan Syiah bersatu? Bagi Tukang Kayu, ia tidak mustahil sama sekali. Kunci utama adalah toleransi.


Toleransi adalah perkara paling penting untuk perdamaian dua atau lebih pihak yang berlainan pendapat. Dalam kerja berkumpulan yang ada 4 orang ahli, untuk menghasilkan satu keputusan muktamad memerlukan toleransi dalam 4 orang tersebut. Pasti, dalam 4 orang ini, mempunyai pendapat yang berlainan dan hujah masing-masing. Namun, jika mereka bertolak-ansur dan bertoleransi, satu kesepakatan akan berhasil. Begitu juga Sunni dan Syiah.

Pemimpin Syiah, Ammar al-Hakim (kiri) melawat pemimpin Sunni, Ahmed Abu Risha di Iraq

Seperti yang Tukang Kayu katakan, kunci utama adalah bertoleransi. Maksud toleransi di sini bukan bererti kita menggadaikan prinsip-prinsip pegangan kita. Apa yang Tukang Kayu ingin sampaikan adalah kita meletakkan perbezaan jauh di belakang, dan biarkan persamaan berada paling hadapan. Apakah maksudnya.

Persamaan paling utama adalah Tuhan yang disembah oleh Sunni dan Syiah adalah sama, yakni Allah SWT. Dia-lah tempat kita memohon pertolongan dan petunjuk.

Sunni dan Syiah di hadapan Allah adalah sama

Persamaan kedua. Kiblat Sunni-Syiah adalah sama. Untuk berdiri hadapan Allah, perlulah menghadap satu arah yang sama iaitu Baitullah al-Haram di Mekah. Umrah dan Haji juga perlu dilaksanakan di Mekah. Maka ini adalah persamaan antara Sunni-Syiah.

Ahmadinejad di Mekah

Persamaan seterusnya tentu sekali mengakui kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad SAW sebagai pemberi rahmat seluruh alam. Dan terakhir sekali Kitabullah yakni Al-Quran Sunni dan Syiah adalah sama. Seseorang pernah menulis, beliau ke Mekah dan duduk sekali dengan jemaah haji dari Iran. Beliau ingin sekali melihat Al-Quran yang dibawa oleh jemaah haji Iran untuk mengetahui benarkah Al-Quran Syiah itu palsu. Beliau membacanya dan membandingkan serta menyimpulkan bahawa Al-Quran yang dibawa oleh jemaah haji Iran adalah sama dengan Al-Quran miliknya.

Persamaan ini sebenarnya telah cukup untuk menyatukan persaudaraan Sunni-Syiah. Tidak perlu dibahaskan kenapa begini dan begitu kerana itu tidak penting. Kenapa kita lebih cenderung membahaskan sesuatu yang akhirnya akan melemahkan kekuatan Islam itu sendiri? Malah, ia akan melebarkan lagi permusuhan dalam kalangan umat Islam? Dalam masa yang sama, musuh Islam bertepuk tangan.

Yang paling penting adalah memperkuatkan kembali Islam dan digeruni oleh musuh-musuh sebenar Islam. Mereka adalah:

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.- Al-Baqarah 120.

Wahai orang Islam, bersatulah!

2 comments:

Ninja Jepang said...

Akan ada sejenis kelompok Muslim yang sentiasa memecahbelahkan umat. Kita tahu siapa mereka.

Ulama2 kebanyakannya Ok bila bersatu. Masalahnya org2 bawahan ni. Lebih sudu dari kuah. Ada je benda yang nak diperdebatkan.

Saya dah bertentang kata dgn ustaz syiah dan bkesempatan btanya pelbagai soalan. Saya berpuas hati dengan jawapan beliau. :)

Tukang Kayu said...

Kerana kejahilan dan kefanatikan, mereka lebih suka mencari perbalahan. Sedangkan musuh-musuh sebenar hanya memerhati, menunggu masa dan akhirnya bertepuk tangan apabila ada kes bunuh sesama Islam.

Post a Comment