Thursday 14 April 2011

Blog Dr. Faisal Tinggal Kenangan

Salam.

Tukang Kayu sempat membaca entry terakhir Dr. Faisal, mungkin dalam 2 hari lepas. Dan tajuk entry terakhir ada di birai kanan blog Tukang Kayu. Tajuk masih ada, cuma sekarang ini blog tersebut totally terminated daripada akaun blogger. Walaupun Tukang Kayu bukanlah pengikut setia blog Dr. Faisal (kerana hanya beberapa bulan sahaja mengikuti perkembangan blog Dr. FT), tetapi entry terakhir beliau sedikit sebanyak menyentuh perasaan para pengikutnya. Lihat sahaja Facebook Dr. Faisal Tehrani, rata-ratanya masih merindui tulisan beliau sungguhpun tulisan beliau mengundang ketidaksenangan beberapa pihak.

"Entri ini adalah merupakan entri terakhir dari saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada pembaca yang sudi mengunjungi ruang kecil ini....." begitulah lebih kurang nota kecil yang ditinggalkan oleh beliau sebelum akaun blog dipadamkan.

Sungguhpun, melalui komen yang ditinggalkan oleh pembaca di ruang komen ada yang membantah, tidak bersetuju, ada yang menyokong, memperli, mengejek dan bermacam-macam jenis komen terhadap beliau, yang pasti bagi Tukang Kayu beliau berupaya mengubah mentaliti segelintir dari kita terhadap sesuatu yang dahulunya kontroversi. Iaitu, enrty yang berkisar Syiah dan Iran. Jika dahulu kita sering melabel orang Syiah sesat dan kafir, selepas membaca hakikat sebenarnya melalui penulisan beliau, sedikit sebanyak mulut kita bertapis daripada pelabelan sedemikian (hendaknya).

Apapun, pastinya beliau mempunyai sebab dan alasan. Kerana penulisan beliau juga, mungkin beliau diperhatikan oleh beberapa pihak. Hanya beliau sahaja yang tahu sebabnya. Apapun, syabas buat Dr. Faisal Tehrani. Orang sastera seperti beliau, tidak akan berhenti menulis.

6 comments:

KasutKaripap said...

betul...saya pun walau baru beberapa bulan mengikuti penulisan beliau sebenarnya sedih juga beliau dah tak sambung blog tu.. :(

Ninja Jepang said...

Blog FT adalah yang terbaik yang pernah saya masuk. Sebagai pembaca tegar blog beliau, terasa agak kehilangan sesuatu bila tak boleh bukak blog beliau.

Apa pun, beliau pasti ada sebab tersendiri utk berhenti menulis. Beliau adalah orang seni, dan orang seni tak mungkin berhenti menulis. Bukan di blog, di buku itu pasti :)

Jamal Ali said...

Sememangnya kehilangan beliau daripada dunia blog amat mendukacitakan apatah lagi kepada saya selaku pembaca setia blog beliau dan karya-karya beliau yang lain.

Mungkin benar kata-kata Tukang Kayu bahawa beliau sedang 'diperhatikan' oleh orang-orang yang tidak menyenangi tulisan beliau. Sememangnya tulisan-tulisan Dr. Faisal Musa cukup sinis dan tajam kepada orang-orang yang 'memakan cili'.

Di blog Dr. Faisal Musa juga saya memperolehi nilai di mana saya tidak boleh menilai sesuatu daripada sebelah pihak sahaja lebih-lebih lagi soal syiah dan sunni.

Yang lebih mengetahui adalah Tuhan, saya tidak boleh suka-suka mengatakan yang itu adalah sesat yang ini adalah sebaliknya.

Kepada Dr. Faisal Musa, saya akan merindui tulisan dan blogmu selamanya.

Tukang Kayu said...

Salam semua.

Benar. Apa yang TK dapati, penulisan beliau lebih terarah kepada pembukaan minda masyarakat. Sungguhpun, kita tahu penulisan beliau lebih tertumpu kepada isu Syiah. Namun, pastinya, tujuan beliau hanya satu, untuk menghilangkan persepsi negatif antara satu sama lain dalam umat Islam. Iaitu, ke arah perpaduan ummah. Umat Islam tidak akan kuat jika dalam kalangan kita masih berbalah tentang perbezaan ini.

sha said...

salam
saya baru tau blog FT dah terminate
sayangnya...
apapun byk ilmu yg dia dh kongsi dlm blog tu
smg dia tak putus asa

LadyBird said...

ruginya rasa.. x pernah masuk blog beliau dan membaca isi dalamnya..

Post a Comment