Showing posts with label Macam-macam. Show all posts
Showing posts with label Macam-macam. Show all posts

Wednesday, 6 April 2011

Telur Ayam Palsu

Salam.

Dunia ini sudah menjadi semakin pelik. Tukang Kayu ingatkan hanya benda-benda bersifat jam tangan, kasut, beg tangan dan rambut sahaja boleh dipalsukan. Tetapi sekarang ini, makanan seperti telur ayam pun boleh dipalsukan.

 

Seorang individu di Pulau Pinang terbeli telur ayam palsu. Pada mulanya, individu ini menyangka ia adalah telur ayam yang biasa didapati di pasaran. Namun, ciri fizikal seperti saiz yang besar sedikit berbanding telur ayam biasa, mudah bercampur kuning telur dan putih telur dan tidak berbau mengesahkan telur ini memang aneh. Telur ayam palsu ini diperbuat daripada bahan kimia seperti calcium chloride, paraffin dan alum. Ia dihasilkan dari China, persepsi orang ramai terhadap China adalah kepakaran menghasilkan barangan tiruan.

Pesanan daripada Tukang Kayu: Berhati-hati semasa membeli telur ayam.

Monday, 14 March 2011

Jelajah Atas dan Bawah

Orang barat kalau tidak mengkaji bukan lagi nama orang barat. Maksud saya mat saleh. Orang barat rata-ratanya bersifat ingin tahu. Orang barat terutama golongan saintis dan pengkaji ini, semua benda mereka hendak mengkaji. Sampai ke angkasa lepas nun, mereka dah boleh sampai. Bukan setakat menjelajah, malah boleh tinggal dekat angkasa lepas. Sekarang ini dengar-dengar ada pakej melancong ke angkasa lepas pula

International Space Station (ISS), tempat tinggal angkasawan

Kehidupan di ISS

Sekarang mereka sudah berjaya sampai ke angkasa lepas. Malah, sekarang ini mereka cuba mencari planet baru untuk menggantikan bumi. Jika tidak salah, planet Marikh kerana menurut mereka, terdapat sumber air di sana. Fuh! Sungguh dasyat pemikiran mereka.

Tidak cukup di angkasa, mereka turut mengkaji di dasar lautan. Seriously, kalau tidak ada mereka kita tidak akan tahu apa benda pun di sekeliling kita (saya tidak menafikan peranan saintis Muslim. Kadang-kadang pemikiran sempit sesetengah orang cenderung mengatakan pro-barat lah, itulah inilah).

Ikan di lautan dalam. Tidak akan pernah nampak jika mereka tidak menjelajah di dasar lautan


Ini spesis apa saya tidak tahu. Sebab itu saya cakap, jika mereka tidak mengkaji kita tidak tahu pun benda macam ini boleh wujud


Ini sah obor-obor. Tapi takkan dijumpai di Pulau Pangkor atau Langkawi. hanya di laut dalam

Penjelajahan di angkasa mahupun di laut dalam sangat berisiko. Di angkasa ada kemungkinan roket tak naik lalu jatuh ke bumi. Mungkin juga akan berlaku kemalangan semasa mahu mendarat ke bumi kerana geseran atmosfera. Lautan dalam pula, sudah lah dalam, gelap gelita, tekanan tinggi, bagaimana jika berlaku kerosakan pada kapal selam? Bagaimana jika mereka menghadapi satu makhluk yang tidak pernah mereka jumpa? Kita tidak tahu.

Sumber: Creature Sea




Sunday, 13 March 2011

Lawak Tak Bertempat


Jika orang buat lawak, tapi dia sendiri yang ketawa, orang akan kata dia buat lawak bodoh.
Jika orang buat lawak, tapi orang lain tak ketawa, dia sendiri pun tak ketawa, orang akan kata lawak tak menjadi.
Tapi,
Jika orang buat lawak, tapi boleh menimbulkan rasa tidak senang, orang tak kata itu lawak, tapi itu kurang ajar namanya.
Bagi saya, gambar di atas boleh dipandang pada sudut yang berbeza. Contohnya, Ultraman sering dianggap figur yang perkasa dan berani. Datanglah pelbagai jenis raksasa monyet bertanduk dan bersayap sekalipun, Ultraman boleh kalahkan. Tapi, apabila datangnya tsunami, perkasa Ultraman pun, ada lagi yang Maha Perkasa. Tetapi, pandangan begini biasanya hanya minoriti sahaja. 
Jadi, pengajarannya, jangan buat lawak tak bertempat!

Berita Harian telah memohon maaf: Di sini